NGORAT!!

------>nak mengorat pun kena ada gaya dan cara. jangan main tegur jer silap hari bulan kena sembur balik! bagi yg ada masalah speechless, chat up lines ni mungkin korang boleh praktikkan. tak yah kontrol2 macho @ ayu sangat sebab adalah lebih baik kita jadi diri kita sendiri. 19 tip yang agak tinggi riksikonye untuk korang kena penyepak @ dikatakan gilerr.kalau kita betol2 ikhlas, ape salahnye approach cenggini korang cuba!


( gelap nyer .:P )


  1. excuse me, i baru lagi kat sini. boleh bagi direction camner nak pergi rumah u??
  2. u tau tak? mata u ni sama color ngn mata mama i.
  3. senang citer camni lah ape kata u amik telefon i ni, nanti i kol u.
  4. boleh x saya nak amik gambar awak? nak tunjuk bukti kat kengkawan yg bidadari syurga betol2 dah menjelma
  5. mintak maaf cik. boleh saya pinjam telefon cik kejap? emergency ni!. mak saya pesan, kalau saya dah jatuh cinta,telefon dia cepat.
  6. nombor i hilang lah, boleh i mintak nombor u?
  7. helo, saya pencuri & saya saya kat sini sebab nak curi hati awak
  8. i tak tau camner nak cakap…tapi i dah rasa u dah betol2 curi hati i.
  9. sakit x bila jatuh dari syurga?
  10. kalau lah u ni bugger baru kat mcdonalds, i akan panggil u, mcgorgeous!
  11. i perasan yg u perasan i perhatikan u, u perasan x?
  12. hai! nama saya right…Mr right.
  13. hai! saya MR right. ada org bagitau awak cari saya eh..?
  14. awak x penat ker? sebab sepanjang hari awak asyik berlegar-legar dlm kepala saya.
  15. hah, skrng saya dah ada depan awak, ape lagi 2 permintaaan awak?
  16. hai! saya cuma nak cakap i rasa u awek paling cantik pernah saya nampak, jadi saya belikan air ini untuk awak.
  17. hai! suara dalam kepala saya asyik hasut i suruh i dekat & bercakap dgn u.
  18. u tau x ape yg paling cambest dlm hidup u? i.
  19. hai! i cuma ada 3 bulan jer lagi untuk hidup.
untuk perempuan,bagaimana NGORAT lelaki :

Tidak mustahil untuk seorang wanita memikat lelaki yang dia suka. Sekarang, dunia sudah maju dan jika anda mengambil keputusan tunggu dan lihat sahaja, pasti lelaki yang anda suka itu akan dimiliki orang lain. Tidak susah sebenarnya untuk mengorat lelaki kerana mereka tiada pilihan.
Walaupun lelaki itu liar dan bersikap playboy, akhirnya dia akan jatuh cinta pada wanita yang ikhlas mencintainya. Berbeza dari wanita, walaupun ada lelaki ikhlas mencintainya, dia bebas menolak dan memilih lelaki yang dia suka untuk di jadikan pasangan hidup.
Langkah pertama untuk memikat lelaki yang anda suka adalah buka peluang pada dia untuk mencintai diri anda. Untuk itu, anda perlulah sentiasa senyum dan goda dia untuk hampiri anda. Namun, lelaki tidak suka jika anda selalu senyum dan buka peluang kepada ramai lelaki, mereka akan lebih suka pada anda jika anda hanya senyum dan menggoda dirinya.
Apabila dia perasan segala senyuman dan godaan itu adalah untuk dirinya, dia akan mula hampiri diri anda. Apabila dia hampiri diri anda, apakah tindakan terbaik yang boleh anda lakukan? Tindakan terbaik yang boleh anda lakukan adalah mengambil dia sebagai kawan dahulu.
Semasa berkawan, anda kenal dahulu isi hatinya dan beri peluang pada dia untuk kenal isi hati anda. Apabila anda berdua sudah mula rasa sayang antara satu sama lain, anda beri dia isyarat untuk ke peringkat seterusnya iaitu bercinta dan mungkin berkahwin.
Sebagai wanita, anda boleh tutup peluang lelaki yang anda tidak suka dan buka peluang pada lelaki yang anda suka. Gunakan kuasa memilih ini sepenuhnya.



No comments:

Post a Comment